Thursday 1 March 2012

Article UniMAP

KANGAR, 10 Januari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini memulakan edaran baucar buku bernilai RM1.44 juta  sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 lalu kepada 7,184 pelajar yang layak.
Naib Canselor, Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, ia meliputi pelajar tempatan yang mengikuti kursus Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang aktif dan berdaftar sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa di UniMAP.
Pengedaran baucar tersebut ujar beliau, dilihat tepat pada masanya, memandangkan pelajar-pelajar kini sedang mengikuti peperiksaan akhir dan bakal memasuki semester baru pengajian bulan hadapan.
“Setiap pelajar akan menerima baucar RM200 dalam bentuk empat keeping baucar RM50 untuk pembelian buku-buku di kedai-kedai terpilih. Justeru, saya melihat, pengedaran baucar ini dapat membantu pelajar untuk memiliki buku rujukan tambahan untuk semester baru kelak,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Buku kepada wakil-wakil pelajar di Kampus Kubang Gajah di sini. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Bendahari UniMAP, Puan Saodah Hassan; Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Razli Ahmad dan Ketua-ketua Jabatan.
Pemberian baucar RM1.44 juta oleh UniMAP itu merupakan sebahagian daripada baucar buku bernilai RM260 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk diagihkan kepada 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Pelajar-pelajar boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai tertentu dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP, Aminudin Anuar menyambut baik pemberian baucar buku oleh kerajaan yang disifatkan mampu meringankan bebanan kewangan pelajar terutama untuk membeli buku-buku rujukan tambahan.
“Umum mengetahui harga bagi buku-buku ilmiah adalah agak mahal, dan pemberian baucar ini setidak-tidaknya dapat meringankan bebanan kewangan pelajar untuk memulakan semester baru. Sebagai Presiden MPP, saya juga ingin menasihatkan rakan-rakan pelajar untuk menggunakan baucar ini dengan sebaik mungkin.
“Harus diingat, tempoh sah baucar ini hanya tiga bulan sahaja, justeru saya amat berharap rakan-rakan dapat menebus baucar ini dalam tempoh yang ditetapkan supaya tidak menanggung kerugian,” katanya.



About Me

My Photo
seremban, negeri sembilan, Malaysia
the boy next door

Monday, 16 January 2012

Article From USIM

Pertandingan Video Platform Mahasiswa Perkasa Bahasa Arab

NILAI, 8 Jan.- Penganjuran Pertandingan Video Pelancongan Bahasa Arab 2011, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) baru-baru ini dilihat sebagai satu momentum baru dalam melahirkan mahasiswa yang kompeten, progresif dan berdaya saing. Mahasiswa tahun akhir FPBU berjaya membuktikan kredibiliti dan potensi mereka dalam menghasilkan video pelancongan kreatif Bahasa Arab dalam usaha mempromosi tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia.
Program ini dilihat sebagai satu usaha murni fakulti dalam merealisasikan kebolehpasaran mahasiswa serta memantapkan keupayaan  mereka dalam menerokai ilmu di luar daripada bidang pengajian.
Bertemakan ‘Memartabatkan dan Memperkasa Bahasa Arab Melalui Pelancongan’, program yang dianjurkan oleh mahasiswa tahun empat FPBU melalui kerjasama erat Nadi Thaqafah FPBU ini layak diberi pujian kerana hampir seratus peratus penganjuran program ini dilaksanakan dalam Bahasa Arab.
Bermatlamat untuk memantapkan kemahiran berkomunikasi melalui penggunaan Bahasa Arab dalam kalangan peserta di samping menjadi platform terbaik untuk mempraktikkan ilmu pengajian di dalam kuliah untuk diaplikasi sepanjang sesi pembikinan video diadakan, program ini juga bertujuan mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di samping mencungkil bakat kepimpinan dalam setiap kumpulan dan pengendalian organisasi.
Sebanyak sembilan buah kumpulan yang diwakili mahasiswa tahun akhir FPBU telah berentap mempersembahkan kepelbagaian elemen kreatif mereka melalui penghasilan video kumpulan masing-masing berdasarkan konsep dan tema yang pelbagai. Program yang turut mendapat sokongan padu daripada Bahagian  Hal Ehwal Pelajar (BHEP) ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Bhasah Abu Bakar, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama.
Tampil berbeza berbanding kumpulan lain menjadi satu kelebihan apabila para juri bersepakat memilih kumpulan Abaqirah sebagai Johan dalam Pertandingan Video Pelancongan Bahasa Arab 2011. Kumpulan Abaqirah yang dianggotai seramai sembilan orang mahasiswi telah berjaya memikat hati para juri melalui penghasilan video kreatif mereka, "Rehlah Ilmiah Ila Kuala Lipis" sebagai bahan dokumentari. Kekuatan ahli kumpulan ini yang diterajui oleh kesemua peserta perempuan tidak menjadikan penghalang utama kepada Abaqirah untuk bersaing dengan kumpulan lain.
Manakala tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh kumpulan Al Farashah dan As-Saurahyang  telah memilih lokasi  Bandar Shah Alam, Selangor  dan Bukit Tinggi, Pahang sebagai destinasi pilihan suntingan video mereka.
“Keseronokan saya adalah apabila dapat melihat anak-anak didik berjaya atas usaha dan kegigihan mereka yang tidak henti-henti menghasilkan video masing-masing. Apa yang saya suka ketengahkan, teruskan mewujudkan budaya kalis kritikan,” menurut Encik Hamadallah Mohamad Salleh, Penyelaras Program Pertandingan Video Pelancongan Bahasa Arab 2011 selepas majlis tersebut.

Encik Hamadallah turut merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya membuka legasi baru dan transformasi diri dalam usaha memartabatkan penggunaaan bahasa Arab. Beliau turut melahirkan harapan agar usaha penambaikan diri dapat diteruskan bagi menjana  pemerkasaan diri mahasiswa.
Majlis gilang-gemilang tersebut telah diadakan di DKF 1.2 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) yang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada mahasiswa-mahasiswa lain.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Puan Hazleena Baharun, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar & Pengurusan Prestasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Encik Shahrul Hafifi Mohd Fuad serta Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Bahasa Utama dan staf sokongan yang lain.
Oleh : Ejen Berita- Wanza Mohamad

Article From UPSI

TAHNIAH NAIB CANSELOR UPSI : PENGURNIAAN DARJAH  KEBESARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PERHATIAN SEMUA WARGA UPSI
Seluruh warga kerja UPSI dan para pelajar UPSI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kedah Darul Aman sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Yang Ke-84 pada 15 Januari 2012 (Ahad). YBhg Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa telah menerima Darjah Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K). 

Article Rom UTHM

165 Kakitangan terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010PrintE-mail
Hear this article
Sebagai menghargai dan mengiktiraf khidmat cemerlang kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), satu majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010 telah diadakan bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail pada 29 Disember 2011 lalu.

Seramai 165 orang kakitangan yang terdiri daripada kumpulan sokongan dan juga professional telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010. Majlis tersebut juga menyaksikan penyerahan Anugerah Jasa Bakti kepada 78 kakitangan yang telah berkhidmat selama 10 tahun di UTHM dan juga Anugerah Penghargaan Pesara kepada 17 pesara yang telah bersara wajib mahupun bersara pilihan.

Majlis anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTHM, Professor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin. Beliau dengan berbesar hati mengucapkan tahniah kepada para penerima ketiga-tiga anugerah tersebut.

"Semoga mereka menjadi contoh dan pendorong kepada warga kerja universiti lain untuk terus berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi kerja seterusnya menjadikan UTHM sebagai institusi penjana modal insan kelas pertama" katanya.

Semasa majlis berlangsung, Naib Canselor juga telah menyempurnakan upacara Pelancaran Kad Pesara khas untuk para pesara UTHM. Kad tersebut memberi beberapa kelebihan kepada golongan pesara seperti pesara suami dan isteri serta anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun dapat menikmati perubatan secara percuma di Pusat Perubatan Universiti (PPU) dan boleh menggunakan kemudahan perpustakaan di UTHM.

Hadir sama Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Haji Sulam Hamid, Pendaftar serta Pegawai-Pegawai Kanan universiti.

Semoga anugerah ini menjadi platform untuk mengiktiraf warga kerja universiti yang cemerlang sumbangannya dalam perkhidmatan dan menjadi venue khas bagi mengiktiraf warga kerja yang akan dan telah bersara dalam perkhidmatan.Tahniah kepada semua penerima.


--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177
Last Updated ( Jumaat, 30 Disember 2011 )

Article From UTeM

PROF. IR. DR. MOHD JAILANI APPOINTED AS THE NEW DEPUTY VICE-CHANCELLOR (RESEARCH & INNOVATION) OF UTeMPrint
Hear this article
Image
Profesor Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCPI) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

(Full Article in Bahasa Melayu)  
PROF. IR. DR. MOHD JAILANI DILANTIK TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) UTeM
Profesor Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor  (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang baru bagi menggantikan Prof. Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi yang telah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTeM yang baru.
Pelantikan baru ini telah dibuat selepas dipersetujui dan diberi mandat oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin baru-baru ini. Pelantikan Prof Mohd Jailani sebagai TNCPI baru UTeM ini berkuat kuasa selama tiga tahun bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2014.
Sebelum ini beliau telah menyandang jawatan Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula dari 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2011.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat pada tahun 1984 seterusnya menamatkan Sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1988 manakala memperolehi PhD dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Sheffield Hallam University, United Kingdom pada tahun 1996.   
Sebelum menjawat jawatan di KPT, beliau telah menyandang beberapa jawatan penting di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Timbalan Dekan Akademik Fakulti Kejuruteraan dan Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UKM.
Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih dari 15 buah buku dan prosiding, 60 kertas jurnal, 18 ucaptama dan kertas jemputan, 200 kertas persidangan, kertas popular dan laporan teknikal.
Manakala dalam bidang penyelidikan pula, beliau telah memenangi lebih dari 20 pingat dan hadiah di peringkat antarabangsa termasuklah di Seoul International Invention Fair (SIIF) pada tahun 2004 dan International Research Showcase 2007 yang diadakan di Nurnberg, Jerman.
Selain itu juga telah memenangi beberapa anugerah kecemerlangan termasuk Anugerah Khas Kualiti, Kategori Kumpulan Pengurusan Makmal Terbaik UKM 2002, Anugerah Khidmat Cemerlang UKM 2003, Anugerah Khas Kualiti Kategori individu (kakitangan akademik, UKM 2005 dan  Anugerah Makmal Cemerlang (penyelidikan), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM 2007.
Mohd Jailani ketika diwawancara oleh pihak Media melahirkan rasa penghargaan di atas pelantikan dan kepercayaan yang telah diberikan dan beliau menyatakan untuk menyambung dan terus memperkasakan bidang penyelidikan dan inovasi UTeM.
Di samping menggunakan pengalaman yang ada dalam mempergiatkan lagi percambahan produk penyelidikan yang berkualiti tinggi dan diiktiraf dunia dan pada masa yang sama menjalin kerjasama dengan pihak industri dalam mengkomersialkan produk-produk penyelidikan UTeM di pasaran dalam dan luar negara.

Article From UMP

Article UniMAP


KANGAR, 10 Januari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini memulakan edaran baucar buku bernilai RM1.44 juta  sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 lalu kepada 7,184 pelajar yang layak.
Naib Canselor, Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, ia meliputi pelajar tempatan yang mengikuti kursus Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang aktif dan berdaftar sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa di UniMAP.
Pengedaran baucar tersebut ujar beliau, dilihat tepat pada masanya, memandangkan pelajar-pelajar kini sedang mengikuti peperiksaan akhir dan bakal memasuki semester baru pengajian bulan hadapan.
“Setiap pelajar akan menerima baucar RM200 dalam bentuk empat keeping baucar RM50 untuk pembelian buku-buku di kedai-kedai terpilih. Justeru, saya melihat, pengedaran baucar ini dapat membantu pelajar untuk memiliki buku rujukan tambahan untuk semester baru kelak,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Buku kepada wakil-wakil pelajar di Kampus Kubang Gajah di sini. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Bendahari UniMAP, Puan Saodah Hassan; Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Razli Ahmad dan Ketua-ketua Jabatan.
Pemberian baucar RM1.44 juta oleh UniMAP itu merupakan sebahagian daripada baucar buku bernilai RM260 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk diagihkan kepada 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Pelajar-pelajar boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai tertentu dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP, Aminudin Anuar menyambut baik pemberian baucar buku oleh kerajaan yang disifatkan mampu meringankan bebanan kewangan pelajar terutama untuk membeli buku-buku rujukan tambahan.
“Umum mengetahui harga bagi buku-buku ilmiah adalah agak mahal, dan pemberian baucar ini setidak-tidaknya dapat meringankan bebanan kewangan pelajar untuk memulakan semester baru. Sebagai Presiden MPP, saya juga ingin menasihatkan rakan-rakan pelajar untuk menggunakan baucar ini dengan sebaik mungkin.
“Harus diingat, tempoh sah baucar ini hanya tiga bulan sahaja, justeru saya amat berharap rakan-rakan dapat menebus baucar ini dalam tempoh yang ditetapkan supaya tidak menanggung kerugian,” katanya.


( 10 Jan 2012 )
UniMAP Edar Baucar Buku Rm1.44 Juta Kepada 7,184 Pelajar

No comments:

Post a Comment